Menjejak perasuah melalui perempuan simpanan

Oleh Reuters
Jumaat, 27 Jun 2008

BEIJING: Pihak berkuasa antirasuah di bandar selatan China kini mempunyai sumber paling boleh dipercayai bagi menjerat para pegawai yang korup.

Media setempat melaporkan sumber yang dimaksudkan ialah perempuan simpanan para pegawai serupa itu.

Di China, adalah menjadi satu perkara biasa bagi seorang pegawai pemerintah atau peniaga mempunyai perempuan simpanan.

‘Sekurang-kurangnya 80 peratus kes pegawai yang korup di bandar Dongguan terdedah apabila perempuan simpanan mereka memberi kami maklumat penting yang kami perlukan,’ kata timbalan pengarah antirasuah, Zhou Yuefeng, tanpa memberikan butir lanjut.

Trend mempunyai perempuan simpanan biasanya menjadi sebab utama mengapa para pegawai itu perlu menerima rasuah kerana perlu menampung perbelanjaan yang lebih.

Zhou turut menarik perhatian para pegawai pemerintah di bandar Dongguan juga biasanya menerima rasuah dalam bentuk dividen saham.

Menurut Zhou, pihaknya akan menumpukan perhatian kepada para pegawai yang bertugas di jabatan perubatan dan cukai.

‘Bagaimanapun, ini tidak bermakna kami tidak akan menyiasat kes rasuah yang berlaku di jabatan-jabatan lain,’ katanya.

Satu laporan daripada pejabat pendakwa raya utama tahun lalu menunjukkan 16 pegawai daerah yang didapati bersalah dalam kes rasuah serius, antara lain menyalahgunakan kuasa mereka untuk mendapatkan ‘khidmat seks’ dan terlibat dalam pemindahan wang haram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s