Najib lawan Pak Lah Disember ini?

Timbalan presiden UMNO merangkap timbalan perdana menteri Najib Tun Razak dikutip oleh Bernama sebagai berkata beliau belum memutuskan sama ada untuk bertanding jawatan presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember depan.

Najib juga berkata belum tiba masanya untuk beliau membuat keputusan sama ada akan mencabar Pak Lah atau tidak untuk jawatan itu yang sekali gus menjaminkan jawatan perdana menteri kepada penyandang.

Dalam erti kata lain yang mudah difahami, Najib sememangnya menaruh harapan untuk mencabar Pak Lah dan mengambil alih jawatan perdana menteri.

Siapa pula calon gandingan Najib untuk jawatan timbalan presiden UMNO dan jawatan timbalan perdana menteri?

Pertandingan akan menjadi bertambah hebat sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan yang sama dan bertambah rancak lagi sekiranya calon yang dipilih untuk berganding bahu dengan putera Kelantan ini ialah Muhyiddin Yassin.

Bagaimana pula dengan calon dari Sabah yang kini nampaknya semakin mendapat tempat di kalangan pemimpin pusat? Sabah akan menghantar perwakilan yang boleh menentukan kecondongan sesuatu pemilihan itu, sama ada ke kiri atau ke kanan. Pendek kata, undi perwakilan Sabah tidak boleh diketepikan dan amat diperlukan oleh mana-mana calon yang ingin memimpin UMNO.

Askar-askar upahan atau gurkha dah mula berkempen dan bersedia untuk berperang Disember ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s