Persona model kereta terbaik tahun ini

KL: Persona, model keluaran Proton Holdings Bhd, dipilih sebagai “Model Terbaik Malaysia Tahun Ini” pada majlis Anugerah Automotif Asean Frost & Sullivan 2008, malam ini.
Rakan niaga dan ketua automotif dan amalan pengangkutannya bagi Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata pencapaian berkenaan adalah suatu yang harus dipuji memandangkan Persona menandakan satu peralihan kepada Proton, yang menghasilkan imej jenama yang bertambah baik.

Ia juga meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap Proton, kata Mukhtyar pada majlis penyampaian anugerah itu di sini. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan.

Dalam kenyataan yang berasingan, Proton berkata Persona, yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas, merupakan model kelima dibina sepenuhnya oleh syarikat dan laris.

Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata pengiktirafan terkini itu merupakan suatu yang penting untuk kereta yang menjadi pilihan 45,000 warga Malaysia.

Mohammed Azlan berkata ia juga merupakan suatu pengesahan komitmen Proton untuk mengeluarkan kereta berkualiti, nilai untuk wang yang memenuhi keperluan pasaran.

“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan ini oleh Frost & Sullivan sebagai yang terbaik dalam kelas yang banyak memberikan pujian di atas kualiti, reka bentuk, pemanduan dan pengendalian serta ruang kabin dan barang,” katanya.

Model Viva, keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dipilih sebagai “Nilai Terbaik Untuk Wang” memandangkan kenderaan itu menawarkan kos terendah dalam pemilikan di pasaran dengan harga kompetitif dan kos penyengaraan yang rendah.

Mukhtyar berkata kategori Nilai Terbaik Untuk Wang diperkenalkan untuk mengiktiraf model kereta dengan kos pemilikan terendah di tengah-tengah harga minyak yang meningkat di seluruh dunia.

Antara syarikat Malaysia lain yang menerima anugerah ialah Ambank (M) Bhd (Syarikat Pembiayaan Automotif Terbaik), Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd (Kepimpinan Pasaran untuk Kenderaan Komersil), Boon Siew Sdn Bhd (Pengedar Motosikal Terbaik) dan Hicom Teck-See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (Pengeluar Komponen Automotif Terbaik).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s