SAPP kena ‘surat tunjuk sebab’

dikemaskini Parti Maju Sabah (SAPP) diberikan surat tunjuk sebab – kenapa tidak boleh dikenakan tindakan disiplin terhadapnya – dalam masa 30 hari akibat keputusan parti itu cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas tempoh tersebut, Dewan Tertinggi BN memutuskan sama ada SAPP akan diberikan amaran, digantung atau dipecat sebagai komponen parti terbesar itu.

Timbalan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan itu yang dicapai dalam mesyuarat dewan itu di Kuala Lumpur malam ini.

“Kita mengikut prosedur, sesiapa pun ada hak untuk membela diri. Tindakan disiplin diambil selepas surat tunjuk sebab tersebut.

“Kalau individu diberikan surat tunjuk sebab, kenapa tidak parti (diberikan layanan yang sama)?” katanya di sidang media selepas mesyuarat lebih dua jam Dewan Tertinggi BN di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau ditanya oleh pemberita mengenai tempoh 30 hari itu dan sebab BN tidak mengambil tindakan segera malam ini.

Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan tarikh tempoh itu bermula.

“Usul (SAPP) itu tindakan yang begitu serius dan boleh membawa mudarat kepada kepentingan BN,” katanya, mengulas usul parti dari Sabah itu minggu lepas.

Turut hadir di sidang media itu, pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin-pemimpin 12 lagi parti komponen tersebut.

Pemimpin SAPP bagaimanapun tidak hadir kerana mesyuarat itu bertujuan membincangkan kedudukan parti komponen tersebut.

Sementara itu, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada sebelah petang di tempat yang sama, parti itu memutuskan untuk menunda pemilihan cawangan-cawangan di bahagian Arau – yang dijadualkan Julai dan Ogos depan – sehingga selepas pilihanraya kecil Sanglang, Perlis.

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, dalam bahagian Arau, akan diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kangar pada 18 Jun yang mengosongkan kerusi itu selepas menerima bantahan dalam petisyen pilihanraya calon PAS, Hashim Jasin.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, kerusi itu dimenangi oleh calon Umno, Abdullah Hassan dengan majoriti kecil, 45 undi.

Menurut presiden Umno lagi, jentera kempen BN akan diketuai oleh Najib, sementara pengerusi perhubungan Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim akan memobilisasi penyokong akar umbi di negeri itu.

Abdullah berkata, MT membenarkan semula kenduri berbuka puasa dan majlis sambutan Hari Raya diadakan oleh pemimpin-pemimpin Umno – baru-baru ini dilarang dalam syarat-syarat berkempen – kerana meraikan semangat bulan Ramadhan dan Syawal.

Mengulas saranan yang dikemukakan sewaktu permukiman anggota MT di Shah Alam baru-baru ini, beliau berkata keahlian Umno boleh dimohon secara dalam talian (online) dan yuran dibayar secara pemindahan kredit telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s