“Tak mustahil PAS Selangor akan keluar Pakatan” Mat Taib

Oleh Bernama
Jumaat, 27 Jun 2008

SA: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau tidak menolak kemungkinan PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berdasarkan masalah dalaman gabungan parti itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata, kemungkinan itu dapat dilihat daripada program atau mesyuarat anjuran kerajaan PR di negeri itu yang banyak dipulaukan oleh PAS.

“Sekarang kepimpinan (PR Selangor) dah mula retak dan nampaknya PAS dah mula kecil hati kerana banyak majlis yang dianjurkan, PAS tak datang.

“Mereka (PR) memang mempunyai masalah dalaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong di sini hari ini.

Muhammad berkata, ketidakpuasan hati itu ditambah dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di negeri itu yang memasukkan wang sumbangan syarikat swasta bagi program itu ke dalam akaun PKR (Parti Keadilan Rakyat).

Ini menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, kata Muhammad.

“Ini menyebabkan parti lain iaitu PAS dan DAP amat kecewa. Oleh itu mereka sekarang berpecah belah sesama mereka.

“BPR (Badan Pencegah Rasuah) pun dah masuk siasat pegawai dia sendiri dan berlaku tuduhmenuduh sesama mereka dan ini menandakan bahawa sekarang kita tengok kerjasama antara mereka sudah mula retak, kata Muhammad.

“Lepas tu mereka juga bertelagah dalam melantik ahli majlis (Pihak Berkuasa Tempatan). Dulu kata nak lantik satu pertiga dari parti, satu pertiga dari profesional dan satu pertiga dari NGO (badan bukan kerajaan).

“Tapi bila diputuskan nampak lebih 80 peratus orang PKR, jadi rakyat tidak senang dengan tindakan mereka itu.

“Kalau macam ini cara mereka mentadbir negeri saya takut gerakan pembangunan dan ekonomi Selangor akan terjejas dan akan berlaku pengangguran, orang susah, banyak social problem bila economic wave itu tidak digerakkan dengan kencang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s