GMI minta MP Pakatan Rakyat bangkitkan isu penyeksaan ISA

(Harakah) – Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh menggesa parlimen membincangkan soal penyeksaan berterusan ke atas tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Katanya, seksaan tersebut tidak boleh dibiarkan apatah lagi semalam, 26 Jun merupakan hari penentangan penyeksaan sedunia.

Beliau berkata demikian, semasa menyerahkan memorandum kepada ketua pembangkang Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di bangunan Parlimen semalam.

Menurut beliau yang mengetuai delegasi GMI itu, anggota parlimen perlu membawa usul tersebut ke dalam parlimen untuk membincangkan perkara tersebut bagi menarik perhatian kerajaan.

Ini katanya, ada tahanan ISA yang lumpuh akibat deraan yang dilakukan selain ada juga tempoh tahanan dilanjut dari enam tahun kepada lapan tahun.

“Saya minta ahli-ahli parlimen khususnya dari Pakatan Rakyat membawa usul ini,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di tingkat bawah parlimen, semalam.

Beliau juga yang diiringi aktivis GMI serta anggota keluarga GMI meminta wakil-wakil rakyat bersama dengan rakyat jelata turut menyertai mereka dalam ‘Malam Himpunan Rakyat Anti ISA’ pada 28 Jun ini bertempat di Stadium Malawati.

Sementara itu, Wan Azizah semasa memberi respons terhadap memorandum tersebut berkata, beliau menyeru orang ramai pergi ke staudim berkenaan bagi menyatakan bahawa mereka tidak mahu lagi ada penyeksaan ke atas tahanan dan sekali gus menghapuskan ISA.

“Hari ini saya menerima memorandum GMI dan hari ini juga adalah hari juga adalah hari menentang penyeksaan sedunia,” katanya yang ditemani beberapa ahli parlimen, antaranya Dr Lo’Lo’ Ghazali, (Titiwangsa), Mahfuz Omar (Pokok Sena) Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tian Chua (Batu), Fuziah Salleh (Kuantan), Dr M Jaya Kumar (Sungai Siput) dan Zuraidah Kamaruddin (Ampang).

Dalam pada itu, Wan Azizah menyatakan kekesalannya kerana rombongan GMI yang mahu menyerahkan memorandum dihalang untuk membuat persidangan akhbar di Lobi Parlimen.

“Itu satu peraturan baru yang saya kira mesti dicari penyelesaian.

“Janganlah dihadkan mereka ini yang terseksa dan mereka ingin perjuangkanorang yang ditahan di bawah ISA yang zalim.
“Sepatutnya kita beri ruang yang terbuka untuk mereka naik ke lobi kerana selama ini mereka boleh naik, jadi kenapa ada peraturan begini, apa alasannya,” katanya yang akan mendapatkan penjelasan daripada pengurusan parlimen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s