Membina Masjid, Membunuh Yahudi

Tiap-tiap kawasan hendak di bina Masjid Hadhari, kata Dato Ahmad Zahid Hamidi, Menteri “Agama”. Masjid pun hendak di Hadharikan. Padahal apa yang dikatakan itu adalah amalan Rasulullah untuk mengimarahkan Masjid. Tak ada pun dipanggil hadhari masa itu.

Inilah pentadbiran zaman Dollah, asyik kerja meranapkan dan menjenama semula tetapi tak ada apa yang dicapai. Buatlah Masjid Hadhari di negeri-negeri yang dimenangi BN, tak usah cerita Terengganu itu negeri Islam Hadhari Bijak Bestari.

Atas nama Hadhari, Patrick Lim tipu rakyat Terengganu dengan Masjid Kristal tetapi sebenarnya kaca. Dari atas jambatan nampak besar macam Masjid, tetapi sebenarnya surau. Surau berharga RM250 juta yang mana tidak cukup jemaah untuk buat sembahyang jumaat. Taman Ketamadunan Islam yang nampaknya tempat permainan kanak-kanak.

Katanya Tuanku Sultan Terengganu enggan merasmikan Masjid kerana begitu buruk kualiti kerja hingga sana sini rosak dan tidak baik mutu kerja.

Apa pula nak jadi jika banyak Masjid Hadhari nanti. Nampaknya tanggungjawab Menteri Ugama untuk membetulkan keadaan ini dengan kebolehannya menyebut perkataan-perkataan Arab dan ayat-ayat bagi mengembangkan Islam Hadhari. Macam stail Brader.

Baru-baru ini, didedah dalam satu Majlis bahawa Zahid pernah diarahkan Brader dari dalam jail untuk tubuh parti lain semasa dia dilepaskan dari ISA. Orang lain ikut parti itu tapi dia tidak masuk.

Eh eh eh … macam Dolah yang terlibat dengan S46 tapi tak masuk. Kalau jadi PM, berpotensi menjadi satu lagi Dolah Badawi.

Tapi jangan diperkecilkan. Walaupun Zahid berkebolehan menyebut perkataan Inggeris “father” sebagai “fade”, dia ada cita-cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Mahu jadi Imam ummah Melayu dan Islam di Malaysia.

Orang bercita-cita tidak boleh ditahan, tapi kena ingatkan.

Sebelum jadi Imam besar, Masjid sendiri perlu bersih dan aman. Baru boleh jaga Masjid orang lain. Jangan sampai ada timbul fitnah, kerana fitnah dan syak wasangka tidak timbul dengan sendirinya tapi berpunca dari salah laku sendiri.

Hendak jadi Imam besar, kena bersih diri dari perbuatan munafik. Tuduh orang tetapi sendiri pun bikin. Adab dan sopan santun kena jaga. Jangan perangai macam lalang. Baru betul membina Masjid Besar. Kalau tidak, serupa membina Masjid Hadhari.

Wow! Malam Jumaat boleh buat pahala bunuh Yahudi Zionis. Hi Sayang …. kena bina Masjid dahulu baru mandi sama-sama.- Husin lempoyang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s