‘Peace Walk’ menuju Sogo anjuran Geramm, hari ini jam 3.00 petang

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) – Kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti diteruskan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk) yang akan diadakan esok bermula jam 3.00 petang di empat tempat pertemuan.

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis dijangka menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Sekretariat Geramm, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam sidang media selepas demonstrasi aman di Masjid Negara hari ini menjelaskan program tersebut akan bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah.

Katanya, Kempat-empat tempat pertemuan ini akan disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm.

Beliau yang juga Ketua AMK mengalukan masyarakat untuk ikut serta dalam ‘Peace Walk’ tersebut.

“Ini bukan demonstrasi tetapi merupakan berjalan kaki secara aman untuk memberikan kesedaran kepada rakyat. Dan apabila berkumpul di Sogo, kami akan mengedar risalah mengenai kesan kenaikan harga minyak serta ucapan daripada beberapa orang pimpinan kami,” katanya.

Di samping itu katanya, pihaknya juga akan berusaha untuk mengumpul satu juta petisyen rakyat yang dilakukan secara online dan bertulis.

Katanya, orang ramai yang ingin melakukan petisyen secara online boleh melayari laman web Geramm di http://www.geramm.org.

Tambahnya, sejak seminggu petisyen tersebut dilancarkan, Geramm berjaya mengumpul 10,000 tanda tangan. Beliau menaruh keyakinan Geramm dapat mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat seluruh negara sama ada secara online atau bertulis.

Sementara itu, Shamsul menegaskan pihaknya juga akan mengerahkan seluruh jentera Pemuda di peringkat negeri bagi mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai dan akan diserahkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan turut serta dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

“Pada 7 Julai, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul bantahan kenaikan harga minyak di parlimen berdasarkan bantahan sejuta rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan Pemuda PAS telah menggerakkan semua ahlinya terutama di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi memastikan sasaran sejuta rakyat tercapai dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Katanya, bermula esok Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun ke pasar malam di seluruh kawasan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan kenaikan harga minyak ini.

Dalam pada itu katanya, sehingga hari ini lebih 40,000 tanda tangan berjaya dikumpul Pemuda PAS.

Sementara itu, demonstrasi yang diserta 5,000 orang Masjid Negara berjalan aman tanpa sebarang kekecohan atau gangguan daripada pihak keselamatan.

Dalam pada itu, baju T Geramm berwarna merah turut dijual di perkarangan Masjid Negara dan mendapat sambutan orang ramai. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s