Ali Rustam gesa batalkan debat Shabery-Anwar

Oleh Bernama

MELAKA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersetuju jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi RTM yang dimiliki kerajaan, jika mahu menyiarkan debat itu yang melibatkan Anwar yang sering menghentam kerajaan Barisan Nasional.

“Usaha ini langsung tidak relevan dan perlu dibatalkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Melaka di sini, hari ini.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka mengulas penganjuran debat bertema “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan termasuk semasa kempen pilihan raya umum lepas bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika memerintah.

Mohd Ali berkata ramai lagi pemimpin yang mempunyai kreadibiliti dan bekerja keras membantu kerajaan boleh diundang untuk berdialog dan disiarkan melalui televisyen.

“Pertubuhan bukan kerajaan banyak membantu kerajaan menerangkan kepada rakyat supaya faham, kenapa tidak panggil mereka ini berdialog di televisyen daripada memberi tempat kepada orang yang hari-hari mengata kerajaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s