Anwar ‘akan segera pulang’

Oleh SM Maulana

Malaysiakini
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan segera keluar dari bangunan kedutaan Turki jika ada jaminan tegas pemimpin negara tentang keselamatannya.

“Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang,” katanya di blognya hari ini.

“Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah.”

Penasihat PKR berkata beliau dilarang mengadakan pertemuan dengan media atau rakan-rakannya di kedutaan itu kecuali anggota keluarganya, termasuk presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya,” katanya lagi.

“Mudah-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga.

“Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan kedutaan.”

Sejak tahun lalu Anwar kini tinggal di Segambut, Kuala Lumpur.

Tambahnya, pengalaman yang dilaluinya berdepan dengan dakwaan yang sama 10 tahun lalu “mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja daripada pendendam.”

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau bercadang membuat aduan polis terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s