Anwar keluar dari kedutaan Turki

Jun 30, 08 6:30pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari rumah rasmi duta Turki di Kuala Lumpur, tempat beliau berlindung sejak pagi Ahad lalu, dan menuju ke rumahnya di Bukit Segambut.

Anwar berjalan keluar dan memasuki sebuah kenderaan kira-kira jam 6.45 petang ini dan kemudian bercakap ringkas kepada kumpulan wartawan di luar pagar rumah rasmi tersebut.

Beliau berkata jaminan keselamatan yang diberikan oleh menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mendorong beliau meninggalkan rumah duta berkenaan.

Anwar menambah, dakwaan liwat terhadapnya susulan rancangannya untuk mengumumkan akan bertanding pilihanraya kecil, minggu ini.

Beliau juga akan mengumumkan penyertaan empat pemimpin parti komponen BN bersama pembangkang.

Sebelum itu seorang peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang.

Manakala isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR dan naib presidennya Azmin Ali tiba-tiba kira-kira jam 6.40 tadi.

Malaysiakini difahamkan beliau mungkin pulang ke rumahnya di Bukit Segambut sebelum mengadakan sidang akhbar.

Sementara itu, penyokong Anwar diminta berkumpul di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling malam ini untuk mendengar amanat mantan timbalan perdana menteri itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s