“Beri kami ruang” Polis

KL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini meminta semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyiasat kes tuduhan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata sebagai agensi yang menjalankan kuasa undangundang, PDRM akan menyiasat kes itu seadila-dilnya daripada sudut perundangan tanpa mengambilkira sudut politik.

“Polis akan menjalankan penyiasatan secara terperinci terhadap mangsa dan juga suspek, tetapi kita perlukan sedikit masa untuk siasat kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu berapa lama masa yang akan diambil polis bagi menyiasat laporan itu.

“Persoalan Anwar akan dipanggil untuk memberi keterangan atau tidak, itu semua bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.

Bakri turut meminta semua pihak agar tidak membuat andaian selagi polis tidak menjelaskan perkara itu, kerana bimbang andaian berkenaan boleh menjejaskan siasatan.

Laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang semalam, yang mendakwa diliwat pemimpin itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s