“Biar kerajaan tentukan” Mahathir

Oleh Bernama
Isnin, 30 Jun 2008

BUKIT TINGGI: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata terpulang kepada kerajaan untuk menentukan sama ada benar atau tidak dakwaan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.

“Ini kes baru. Kita tengoklah apa pihak polis nak kata. Apa pihak kerajaan nak kata,” katanya selepas bertemu Presiden Bosnia dan Herzegovina, Dr Haris Silajdzic semasa lawatan presiden itu ke Colmar Tropicale dan Japanese Village di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata seperti biasa Anwar sudah pasti tidak mengakui kesilapannya, walaupun jika mahkamah memutuskan beliau bersalah.

Semalam, seorang lelaki berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh pemimpin pembangkang itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Dalam reaksi balasnya, Anwar menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu “hanya rekaan semata-mata” yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.

Sementara itu Dr Mahathir ketika ditanya mengenai perkara yang dibincangkan dengan Dr Haris semasa lawatan itu, beliau hanya tersenyum dan berkata beliau gembira dapat bertemu kawan lamanya.

“Saya tak sangka dia datang. Beliau yang mempelawa saya datang ke sini. Saya kenal dia lama. Masa berperang dulu pun, dia (Dr Haris) dok datang sini. Kita tolong dia banyak. Itu sebab dia kenal,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s