GERAK sedia pantau pemilihan Umno

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK Malaysia) bersedia menjadi badan bebas yang memantau perjalanan perhimpunan agung Umno bagi memastikan ia bebas daripada rasuah politik, kata Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus.

“GERAK menyatakan komitmen ini atas kesedaran untuk melihat perubahan besar berlaku dalam pemilihan Umno yang bebas daripada rasuah politik dan ahli Umno berpeluang melaporkan salahlaku calon-calon yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan itu, katanya, Umno dapat memilih kepimpinan yang mempunyai daya integriti kepimpinan yang tinggi dan berkarisma.

GERAK merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang rasuah yang ditubuhkan oleh bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor.

Ezam telah melepaskan jawatannya dalam GERAK dan kini telah diterima masuk semula ke dalam Umno.

Mohd Nazree berkata, GERAK prihatin dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sistem kuota dalam Umno boleh membenihkan rasuah politik.

Atas dasar itu, katanya, GERAK berpendirian bahawa sekiranya sistem kuota masih dilaksanakan, maka adalah perlu diberi ruang kepada badan bebas untuk memantau dan meneliti perjalanan pemilihan Umno.

Katanya, ia untuk memastikan pemilihan Umno – dari 17 Julai hingga 24 Ogos (cawangan), 9 Oktober – 9 November (bahagian) dan 16-21 Disember (peringkat pusat) – bebas dari rasuah dan politik wang.

Pantau ketelusan

“Keyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim juga membidas rasuah politik dalam Umno yang sudah menjadi darah daging parti sejak sekian lama kerana bahagian hanya memilih calon yang dapat memberi ‘sumbangan’ besar kepada mereka,” katanya.

Mohd Nazree berkata, GERAK yakin dan percaya, langkah membenarkan badan bebas membuat pemantauan dan penilaian ketelusannya, maka pemilihan Umno akan menyaksikan bakal kepimpinan yang dilantik adalah yang benar-benar bersih dari amalan politik wang dan rasuah.

“GERAK juga boleh berperanan sebagai badan bebas yang membantu Lembaga Disiplin Umno bagi memastikan sebarang aduan berhubung perbuatan politik wang atau tindakan yang menyalahi tata etika baru, diteliti secara terperinci.

“GERAK menyedari bahawa proses pemilihan pemimpin Umno perlu dilakukan dengan telus dan dimurnikan dengan proses pemilihan yang benar-benar adil, bersih dan telus.

“Rasuah politik adalah musuh besar dalam pemilihan mana-mana kepimpinan parti politik.

“Maka Umno perlu lebih komited dalam menangani masalah ini, apatah lagi sebagai parti yang menjadi komponen utama pemerintah pusat,” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s