Gobind Singh dihalau keluar Dewan selama dua hari

Intan Abdullah – Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) – Dewan Rakyat pada hari ini dimulakan dengan pelbagai insiden yang mengundang tindakan tegas Speaker Dewan sehingga menghalau Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selama dua hari.

Ia adalah ekoran isu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang cuba dibangkitkan oleh Gobind yang telah disuarakan oleh penduduk kawasan beliau, Puchong selepas tindakan Timbalan Menteri kementerian berkenaan menghalaunya dalam satu mesyuarat mengenai hal tersebut dua bulan lalu.

Dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat pagi tadi, Gobind bangkit ketika ingin mengemukakan soalan tambahan selepas Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjawab soalan asal yang diajukan olehnya.

Namun, ianya mencetuskan pergaduhan dengan Dato’ Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sehingga menyebabkan Speaker, Tan Sri Dato’ Pandikar Amin Mulia campur tangan.

Ketegangan semakin memuncak dan Pandikar kemudiannya bertindak menggunakan kuasanya menghalau Gobind keluar daripada sidang dewan serta menegahnya daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

“Ini suatu perkara yang sangat mengejutkan, mengecewakan dan menyedihkan kerana saya sebenarnya bangkit untuk menyatakan masalah yang diajukan oleh penduduk kawasan saya, Puchong tetapi speaker cuba untuk mempertahankan menteri dengan menghalau saya,” katanya sebaik keluar dewan.

Katanya, sebelum ini beliau juga pernah dihalau daripada satu mesyuarat bagi membincangkan mengenai isu perumahan di Puchong yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri berkenaan dua bulan lalu.

“Sudahlah saya tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat terbabit, dihalau pula dan hari ini saya dihalang daripada bertanya mengenai keputusan mesyuarat tersebut dan tindakan susulannya.

“Saya tahu dia takut nak jawab, sebab itu dia gunakan Speaker tetapi saya tetap akan datang juga ke Dewan Rakyat bagi menunaikan amanah bagi pihak pengundi Puchong,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan apa yang terjadi.

Gobind pagi tadi, dalam soalan asalnya meminta kementerian menyatakan sama ada kerajaan akan memansuhkan konsep jual dan bina dan mempromosikan konsep bina dan jual, sekiranya tidak apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjamin bahawa projek tidak akan terbengkalai.

“Beliau hanya mengemukakan soalan tambahan, kenapa sampai begitu sekali tindakan yang diambil kepadanya?” tegasnya lagi.

Tambahnya, beliau akan membincangkan hal tersebut di peringkat kepimpinan partinya bagi mengambil langkah selanjutnya. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s