Kerajaan jamin Anwar dan keluarga selamat

Oleh Mstar
Selasa, 01 Julai 2008
KL: Kerajaan memberi jaminan keselamatan diri dan keluarga penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terjamin sepanjang berada di negara ini.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, jaminan itu diberikan selepas Anwar mengambil tindakan berlindung di Kedutaan Turki, di sini selepas mendakwa diri dan keluarganya terancam.

“Selama ini keselamatan Anwar tidak pernah terancam. Kita tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh membahayakan nyawanya. Kenapa kita perlu melakukannya?” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Anwar mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki selepas satu laporan polis dibuat di Balai Polis Travers di ibu negara oleh seorang bekas pembantunya, Saiful Bahari @ Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 yang mendakwa diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu, 26 Jun lalu.

Anwar juga mendakwa, berdasarkan sumber kerajaan dan risikan tentera yang diterimanya ada menyebut ejen di kalangan Barisan Nasional (BN) merancang untuk mencederakan beliau, anggota keluarga dan penyokongnya.

Syed Hamid menjelaskan, selepas memasuki Kedutaan Turki, Anwar tidak keluar daripada bangunan itu kerana dipercayai mahu mendapatkan perlindungan atas alasan bimbang dengan keselamatan dirinya.

Beliau berkata, tindakan Anwar berlindung di Kedutaan Turki perlu dirujuk kepada Kementerian Luar bagi membolehkan menterinya, Datuk Seri Rais Yatim mengambil tindakan sewajarnya.

“Turki tidak mencampuri urusan dalam negara tetapi disebabkan Anwar berada di bangunan itu, mereka perlu membuat penjelasan dengan Kementerian Luar,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s