Kerajaan Kedah terbit Dinar dan Dirham Mu’adzam Shah

Izwan Abdul Halim – Harakah Daily
ALOR STAR, 30 Jun (Hrkh) – Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama IGDX Holdings Limited telah menerbitkan dinar emas dan dirham perak sempena Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah yang akan disambut pada 15 Julai depan.

Sebagai perasmian kepada penerbitan dinar emas dan dirham perak tersebut juga, satu majlis pelancaran syiling peringatan khas ‘Dinar dan Dirham Mu’adzam Shah’ telah diadakan di sini kelmarin yang disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah.

Dato’ Seri Tuanku Puteri Intan Safinaz Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Pengerusi Eksekutif K-The Gold Sdn. Bhd. dalam ucapannya pada majlis tersebut menjelaskan bahawa rakyat jelata berpeluang mendapatkan syiling-syiling tersebut sebagai koleksi dan tanda kenangan sempena sambutan julung kali itu.

Menurut Tuanku Puteri Intan Safinaz, 200 unit pakej khas Dinar dan Dirham Mu’adzam Shah bernombor siri juga akan dikeluarkan dan dijual secara lelongan pada bulan Ogos nanti di mana sebahagian daripada hasil lelongan itu akan disalurkan kepada Yayasan Sultanah Bahiyah bagi tujuan menjana kewangan untuk program dan aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan untuk rakyat di Negeri Kedah.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang turut berucap pada majlis tersebut menjelaskan bahawa penempaan syiling peringatan tersebut adalah sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan Negeri untuk menjayakan sambutan Jubli Emas yang julung kali dapat diraikan oleh rakyat jelata.

Ujarnya, Kerajaan Negeri telah melabur sebanyak RM4 juta melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan Yayasan Islam Negeri Kedah untuk penerbitan tersebut.

“Saya menyeru rakyat Negeri Kedah dan juga agensi Kerajaan Negeri mahupun swasta agar mendapatkan Dinar dan Dirham Mu’adzam Shah ini sebagai tanda taat setia dan sokongan terhadap kedaulatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,” serunya pada majlis tersebut.

Pada majlis pelancaran yang sama, Tuanku Sultan turut mencemar duli merasmikan Kedah Gold Gallery iaitu sebuah wakala atau francais yang akan berfungsi sebagai pusat jualan Dinar dan Dirham Mu’adzam Shah serta produk yang dikeluarkan kumpulan IGDX Holdings Limited selain bertanggung jawab memberi maklumat mengenai pelaburan dinar emas Islam. Kedah Gold Gallery dimiliki oleh K-The Gold Sdn. Bhd iaitu anak syarikat IGDX Holdings Limited.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Tuanku Raja Muda Kedah, Kerabat-kerabat Diraja, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Bijaya Indera Dato’ Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah, Pengerusi IGDX Holdings Limited, Dr. Mohd Yunus S. Mahmood dan Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Ahmad Md. Isa. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s