Khairy belum putuskan untuk bertanding

Oleh Bernama

IPOH: Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata masih terlalu awal untuk beliau membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Disember ini.

Katanya walaupun sambutan yang diberikan oleh pimpinan akar umbi begitu hebat supaya beliau bertanding tetapi sebenarnya sambutan itu masih sukar dibaca.

“Saya belum buat keputusan kerana belum habis jumpa anggota akar umbi. Saya harap jumpa seramai mungkin untuk dapatkan maklum balas,” katanya selepas perjumpaan dengan pemimpin dan anggota akar umbi enam Bahagian Pemuda Umno di sini hari ini.

“Saya realistik… banyak perkara yang berlaku dan kena dengar pendapat akar umbi. Siapa yang ingin bertanding kena jumpa akar umbi,” kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau.

Khairy berkata beliau mungkin mendapat lebih idea selepas menamatkan jadual perjumpaan dengan akar umbi seluruh negara pada 17 Julai depan.

Beliau juga berkata keputusannya untuk bertanding terletak kepada suara akar umbi kerana pemilihan parti bukan untuk merebut jawatan tetapi untuk mengukuhkan parti sebagai sebuah institusi.

Katanya calon yang bertanding dan akar umbi perlu ada persamaan untuk bersama-sama mengangkat martabat serta mengukuhkan parti.

Khairy berkata pemilihan pada kali ini penting dalam usaha menguatkan parti sebagai persediaan pilihan raya umum ke-13 bagi merampas semula negeri yang tewas. Jawatan Ketua Pemuda Umno perlu diisi selepas penyandangnya Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s