Pengangkutan Awam Bukan ‘People -Centric Project’ ke ?

Harga petrol naik 40%, rakyat diseru ubah cara hidup, disuruh naik pengangkutan awam, jadi dimana rasional kerajaan kata monorail bukan projek ‘people centric’.

Rakyat nak ubah cara hidup dengan menggunakan pengangkutan awam yang mesra alam, tapi projeknya dibatalkan. Samalah macam suruh anak belajar rajin-rajin tapi tak bagi buku, pen untuk belajar.

Saya tidak tinggal, bekerja dan bukan orang Penang.

Pengangkutan awam seperti monorail ini sepatutnya jadi satu keperluan utama. Infrastruktur sebegini penting untuk bandaraya sebab ia boleh menjimatkan penggunaan tenaga, memudahkan rakyat, tidak mengeluarkan CFC, tak ada pencemaran bunyi, kadar kemalangan kosong, meningkatkan taraf keselesaan rakyat, sistem yang ‘reliable’, menjimatkan kos pengangkutan rakyat, menjimatkan masa rakyat (masa pun kos), tapi peliknya, kerajaan tidak mengkategorikan ia dalam ‘people centric project’ (PCP).

Jadi, boleh kerajaan tolong jelaskan senarai ‘compliance’ untuk PCP. Apa kriteria nya? Apa parameter dalam mengklasifikasikan PCP ini?

Jadi mana rasionalnya aspirasi kerajaan nak melihat rakyat Malaysia ini menggunakan pengangkutan awam?

READ MORE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s