Debat Anwar-Shabery diteruskan

Posted by SM Maulana

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berharap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan forum debat mereka pada 15 Julai ini dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu minyak.

Katanya, debat adalah platform yang lebih bertamadun untuk menyuarakan pandangan pada masa kini berbanding platform jalanan.

Oleh itu, tambahnya, Anwar harus mengambil kesempatan daripada kesediaan beliau untuk berdebat mengenai isu minyak supaya rakyat dapat menilai perkara itu.

“Ini peluang bagi dia untuk menyatakan pendapat dia. Saya ada pendapat yang mewakili kerajaan.

“Mari bersemuka, biar rakyat mengadili,” katanya semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Penerangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (COMINAC) kali ketujuh di Isla Magarita (Venezuela) semalam.

ahmad shabery cheekMenurut laporan Bernama, Ahmad Shabery berkata Anwar tidak perlu menggunakan platform jalanan seperti mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu minyak itu.

“Perhimpunan tidak perlu, hendak mengumpul rakyat. Ini kaedah lama Anwar, dia kena ingat dia bukan lagi pemimpin pelajar,” katanya.

Mengenai janji Anwar untuk menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memerintah, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan itu sebagai “kata-kata kosong” yang bertujuan memancing sokongan rakyat.

Protes harga minyak

Beliau berkata janji Anwar mungkin boleh menyebabkan negara tunduk kepada kuasa asing kerana terpaksa berhutang.

“Apakah sekali lagi kita hendak meletakkan negara kita kepada cengkaman IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang pernah Anwar cuba guna kaedah itu semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu. Saya harap rakyat tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar,” katanya.

Beliau berkata untuk menjadi pemimpin negara, terdapat saluran yang boleh digunakan oleh pemimpin untuk menyuarakan pandangan iaitu melalui pilihan raya, Parlimen dan juga media. ”

Kalau hendak jadi pemimpin kena menyuarakan pandangan dengan lebih bertamadun. Bukan ajak orang ke jalan raya,” katanya.

Satu perhimpunan Protes Sejuta Rakyat dijadualkan berlangsung Ahad esok di Stadium Kelana Jaya untuk membantah kenaikan harga minyak.

Ahmad Shabery meminta rakyat agar tidak diperalatkan oleh Anwar yang kini tersepit dengan “masalah peribadi” dengan menyertai perhimpunan itu.

“Baru-baru ini sibuk kata keselamatan terancam, hingga masuk Kedutaan Turki, kenapa sekarang hendak mengajak orang kepada keadaan yang boleh mengancam kehidupan rakyat, langkah dan tindakan yang boleh ancam kestabilan dan keselamatan negara,” katanya.

Ahmad Shabery berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sekiranya didapati perhimpunan yang dirancang itu bersifat mengganggu ketenteraman awam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s