Pemuda Gerakan mahu Tajudin mohon maaf

Pemuda Gerakan kecewa dengan kenyataan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa orang bukan Melayu adalah dari keturunan kaum pendatang ke Malaysia.

Ketuanya, Datuk Mah Siew Keong berkata kenyataan ahli Parlimen Umno itu telah menyentuh perasaan orang bukan Melayu.

“Kita sedang dalam usaha membina sebuah bangsa Malaysia dan kita harus faham perasaan setiap rakyat Malaysia.

“Tidak seorang pun yang boleh menerima kenyataan seumpama itu. Oleh itu Datuk Tajudin Abdul Rahman harus memohon kepada semua rakyat Malaysia,” kata Mah dalam satu kenyataan hari ini.

Mah menyifatkan kenyataan Tajudin sebagai satu langkah ke belakang selepas Malaysia mencapai kemerdekaannya.

Tajudin dilaporkan membangkit perkara tersebut ketika mengulas keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam mengurangkankan nisbah pemberian biasiswa kepada pelajar bumiputera dan menaikkan nisbah biasiswa untuk bukan bumiputera.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilaporkan berkata, beliau tidak membantah JPA menaikkan nisbah biasiswa kepada bukan bumiputera tetapi mahu nisbah 80 peratus untuk bumiputera dikekalkan.

Dalam hubungan itu, Mah berkata, pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini adalah satu dasar kerajaan ke arah pencapaian berdasarkan meritokrasi.

“Dan keputusan yang dbuat oleh kepimpinan Barisan Nasional mesti dipatuhi,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s