Siapa Kata Abdullah Bodoh?

Posted by SM Maulana

Apabila soal-soal rendah moral Najib dan Anwar terdedah, secara tidak langsung orang akan teringat dan memandangkan keperibadian Abdullah sebagai Mr Clean.

Oleh Mohd Sayuti Omar

TANPA niat untuk menggangu penyiasatan polis dan juga menafikan dakwaan-dakwaan pihak tertentu berhubung kes liwat pusingan kedua membabitkan Anwar Ibrahim dan dakwaan Mohd Najib Razak mengenali Altantuya dan pernah mengadakan hubungan seks dengannya ada dua dapatan idea baru yang boleh dirumskan berkaitan isu berkenaan.

Pertama, apakah ianya benar-benar konspirasi dan dicipta demikian rupa semata-mata yang turut melibatkan Abdullah Ahmad Badawi untuk melindungi kepentingan politiknya? Dakwaan ke atas Anwar Ibrahim baik, ke atas Najib baik melalui berbagai makenisme itu sebenarnya bagi mengukuhkan kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri? Dalam erti kata lain pendedahan itu mendapat restu tersembunyi daripada Perdana Menteri itu.

Perperangan antara TPM dengan bekas TPM itu boleh menyelamatkan kedudukan Abdullah selaku PM.

Umum tahu bahawa keadaan Abdullah baik dalam Umno dan di luar Umno pada masa ini sangat membimbangkan. Dalam Umno beliau diserang oleh sebahagian besar ahli Umno yang diketuai oleh bekas Presiden Umno sendiri, Mahathir Mohmad.

Sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 lagi Mahathir melancarkan serangan dari atas rumahnya terhadap Abdullah dan benar-benar mahu melihat Abdullah terpelanting daripada kerusi yang dianugerahkan itu.

Usaha Mahathir untuk mengundang Najib ikut sama dalam armadanya bagi menyerang Abdullah tidak berjaya. Najib mendiamkan diri dan terus bermain play save seperti selalunya. Ada kebijaksanaan Najib dalam hal ini. Bagaimana pun ini bukan bermakna Najib tidak berbuat apa-apa terhadap Abdullah.

Ada petunjuk mutakhir Najib sedang bergerak ke arah itu. Muhyuddin Yassin dikatakan bertindak bagi pihak Najib. Muhyiddin yang tidak mempunyai kekuatan peribadi, pengaruh seluas Najib dalam Umno ingin menumpang Najib untuk melepasti kedudukannya dalam orbit Naib Presiden dan mahu berganjak ke kerusi timbalan presiden. Muhyiddin sedar beliau kena mendampingi Najib kalau ingin berada di tempat teratas dalam Umno.

Mereka dikatakan telah pun berumpah untuk bekerjasama menjatuhkan Abdullah. Masa yang dianggarkan ialah ialah sebelum tiba hari perhimpunan agugn Umno yang dijadualkan Disember depan. Apa yang pernah dialami Ghabar Baba tahun 1993 diharap akan menimpa Abdullah pula. Pelan peralihan kuasa yang bercanggah dengan perlembagaan Umno itu pun katanya adalah ilham Muhyiddin Yassin yang diendorcekan menerusi Umno Johor!

Perkembangan dan kemungkina itu tentulah membimbangkan Abdullah. Abdullah seharusnya panjang akal melakukan sesuatu dan tentu sebagai perdana menteri yang sudah merasai nikmat dan mendapat banyak rahmat daripadanya tentu beliau tidak mahu mati katak dalam hal ini, atau meninggalkan harta yang sudah bergolek di kaki begitu saja tanpa dimasukkan ke dalam guni.

Manakala di luar pula beliau sedang diancam oleh Anwar Ibrahim menerusi Pakatan Rakyat. Ura-ura dan dakwaan terdapat lebih 30 ahli Parlimen BN akan melompatkan parti menyebabkan Abdullah jadi resah gelisah. Walaupun Abdullah nampak tenang dan tidak kalut tetapi beliau sesekali tidak memandang itu sebagai dongengan. Tentu Abdullah sendiri arif dengan permainan dan sihir politik Anwar. Kalaupun badannya tidak bertindak namun tangan dan kaki ghaibnya berbuat sesuatu.

Kedua serangan dari dalam dan luar itu benar-benar menjadikan Abdullah senantiasa berpeluh dingin. Jika tidak dibendung dan dicari helah, keduanya akan membawa kepada beliau akan kehilangan kerusi emasnya (kerusi PM) itu.

Justeru Abdullah harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Teori sains politik paling mudah ialah pecah dan perintah musuh-musuh politiknya. Dalam konteksnya beliau kena ranapkan kuasa Anwar dan musnahkah kausa Najib. Jadi perbalahan dan serangan menyerang antara kedua tokoh itu sampai ke peringkat selak kain kini menguntung Abdullah.

Apakah dalam situasi ini tidak mustahil kalau Abdullah pecah dan perintah kedua mereka? Tidak bermaksud beliau menjadi pengarah secara langsung dalam teori ini, sebaliknya dengan membiarkan mereka terus bergaduh dan serang menyerang sesama sendiri. Abdullah hanya menjadi pemerhati yang tersenyum dalam kes ini.

Bagi Abdullah lagi lama mereka bergaduh lagi bagus kerana ia mengukuhkan kedudukannya. Pemerhatian rakyat kepada kelemahannya sebagai PM empat tahun lalau akan terhenti seketika. Sehari dua ini pun ejekan kepada Abdullah sudah pun berkurang kerana ia dikabusi oleh isu-isu yang dibangkitkan Najib dan Anwar.

Apabila soal-soal rendah moral Najib dan Awar terdedah, secara tidak langsung orang akan teringat dan memandangkan keperibadian Abdullah sebagai Mr Clean. Tuduhan liwat ke atas Anwar dan tuduhan Najib mengenali Altantuya sudah tentu memberi reputasi buruk dan persepsi huduh kepadanya. Sedangkan apa yang dituduh ke atas Najib dan Anwar itu tidak ada kepada Abdullah.

Mengapa kita beranggapan demikian kerana kalau Abdullah tidak mahu meraih hasil daripada perbalahan Najib dan Anwar sekarang beliau boleh mengarahkan agar fitnah, tuduhan dan sebagainya berlaku hari ini tidak dilakukan. Beliau boleh menggunakan kuasanya sebagai PM untuk menghentikan segala perbalahan, dedah mendedah yang bukan saja mengaibkan bangsa Melayu tetapi negara Malaysia seluruhnya itu. Namun beluau tidak lakukan!

Nampaknya Abdullah tidak berminat. Beliau beralasan menyerahkan kepada kebijaksanaan polis dan profesional undang-undang menyelesaikannya. Mengapa beliau mengambil sikap itu, jawabnya kerana kemelut yang berlaku sekarang ini menguntung dan menjadikan beliau semakin kemas dan kukuh di kerusi PM.

Jadi anggapan mengatakan Abdullah sebagai PM yang bodoh adalah silap. Sekurang-kurang dalam menangani isu Najib – Anwar ini beliau cerdik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s