SOALAN KHUSUS KEPADA KHAIRY: KONSPIRASI SIAPA YANG BERJAYA?

Posted by SM Maulana

Ruhanie Ahmad

Khairy Jamaluddin anak muda paling berpengaruh di Malaysia. Pada 4 Julai 2008, beliau berkata di Pokok Sena, Kedah, bahawa “konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin UMNO gagal ekoran tindakan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menarik balik pengakuan bersumpah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.”

Menurut Khairy: “konspirasi tersebut jelas dirancang oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dalam agenda politik mereka. Pihak tertentu itu adalah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang sebenarnya berusaha mengalih perhatian umum daripada tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar.”

Setelah tamat membaca kenyataan di atas, saya bertanyakan kepada diri saya sendiri persoalan-persoalan berikut:

Satu: Bukankah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ayah mertua Khairy, jadi orang yang paling beruntung bila Anwar dan Najib dilanda konspirasi?

Dua: Bukankah ini bermakna Abdullah tidak lagi bimbang kalau-kalau jawatan Perdana Menteri dirampas Anwar dan jawatan Presiden UMNO dirampas Najib?

Tiga: Kalau begitu, konspirasi siapakah yang gagal pada hari ini? Dan, konspirasi siapa pula yang telah berjaya?

Empat: Siapakah pencipta konspirasi yang mengadu-dombakan Anwar dan Najib ini? Sebagaimana kata blogger berita-dari-gunung, siapakah Rasputin di Malaysia pada ketika ini?

Lima: Mustahilkah Khairy yang lulusan Cambridge University tidak mengenali Rasputin Malaysia ini?

Enam: Mustahilkah kalau Khairy juga gagal memahami bahawa sesuatu konspirasi lazimnya membabitkan operasi bendera palsu, membabitkan tindakan baling batu sembunyi tangan, membabitkan kelompok talam dua muka, membabitkan kepura-puraan, membabitkan penipuan, dan membabitkan perbuatan menangguk di air keruh? Fikir-fikirkanlah! – Ruhanie Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s