Tindakan Adun BN keluar dewan dirancang

Posted by SM Maulana

Salman Hussin – Harakah Daily
JOHOR BAHRU, 5 Julai (Hrkh) – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), meninggalkan dewan secara beramai-ramai ketika Ketua Pembangkang di Dun Johor, Dr Boo Cheng Haw (DAP-Skudai), menyampaikan ucapan penangguhan, disifatkan sebagai tindakan yang dirancang.

Mereka (Adun BN) dipercayai berbuat demikian bertujuan menggagalkan ucapan penangguhan Dr Boo yang kemudiannya terpaksa dihentikan oleh Speaker Dewan, Dato’ Mohd Ali Hassan, setelah jumlah korum ahli dewan tidak mencukupi bagi membolehkan persidangan diteruskan.

Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim, ketika ditemui selepas sidang Dun ini ditangguhkan, memberitahu, alasan Adun BN bertindak keluar dewan dilakukan kononnya disebabkan Dr Boo tidak berucap berpandukan teks ucapan asal, adalah tidak benar sama sekali.

“Mereka (Adun BN) mungkin tidak sanggup untuk mendengar ucapan penagguhan Dr Boo yang dianggap terlalu keras menghentam dan mengkritik kerajaan BN, beliau banyak menyentuh kepentingan rakyat, kelemahan kerajaan serta isu kenaikan harga minyak yang menimbulkan kemarahan rakyat mutakhir ini.

“Sebab itu awal-awal lagi mereka merancang sesuatu bagi menghalang ucapan Dr Boo, ini kerana mereka sebenarnya memang sudah mengetahui isi kandungan ucapan penangguhan ini kerana teks ucapan tersebut telahpun diserahkan kepada Speaker seminggu sebelum itu,” katanya.

Katanya, apa yang berlaku sebenarnya Adun BN ini mula meninggalkan dewan seorang demi seorang sebaik sahaja Dr Boo mula berucap, sehingga akhirnya jumlah korum ahli dewan tidak mencukupi bagi membolehkan persidangan diteruskan.

“Tindakan meninggalkan dewan oleh Adun BN ini pernah dilakukan sebelum ini ketika Adun Bentayan, Gwee Teong Hiang (DAP), berucap, tindakan ini dilakukan sebagai protes ke atas Gwee yang tidak mematuhi arahan berpakaian semasa Majlis Perasmian Sidang Dun oleh Sultan Johor, 19 Jun lalu.

“Meskipun begitu jumlah Adun BN yang bertindak demikian tidaklah terlalu ramai sehingga menjejaskan perjalanan sidang Dun ini, tetapi apa yang berlaku pada hari terakhir Persidangan Pertama Dun Johor Ke-12 ini, sangat memalukan,” katanya.

Katanya, berdasarkan kepada jumlah ahli dewan seramai 56 orang, maka dewan memerlukan 19 ahli bagi membolehkan sidang dijalankan, bagaimanapun apabila jumlahnya hanya 17 orang, Speaker terpaksa menamatkan sidang ini serta merta.

“Apa yang menghairankan, persidangan ini terus ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak, sedangkan ketika itu baru jam 11.25 pagi, sepatutnya sidang masih boleh disambung semula setelah ucapan penangguhan Dr Boo ditamatkan.

“Walaupun hari Jumaat dan sidang biasanya ditamatkan sekitar jam 12.00 tengah hari, tetapi masa masih panjang dan banyak perkara boleh dibincangkan, tindakan menamatkan sidang ini serta-merta hanya merugikan rakyat kerana banyak perkara yang membabitkan kepentingan rakyat tidak dapat diselesaikan,” jelasnya. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s