AMK cabar Najib, Musa, Gani bersumpah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Pemuda Umno yang mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersumpah menafikan penglibatan beliau bersabit dengan tuduhan liwat.

“AMK tegas berpendirian bahawa ini adalah sebahagian daripada tindakan politik sempit mereka yang kini kelihatan sangat terdesak, khususnya dalam usaha untuk mengalihkan perhatian dari pelbagai kemelut yang sedang melanda rakyat,” kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Di dalam konteks perundangan Islam, katanya, adalah menjadi satu kewajipan bagi pihak yang mendakwa untuk mengemukakan pembuktian sebelum orang yang didakwa perlu mengangkat sumpah.

“Dalam keadaan pihak yang mendakwa sehingga kini tidak memberikan sebarang bukti, maka adalah tidak mengikut syariat Islam apabila Datuk Seri Anwar disaran untuk mengangkat sumpah sedangkan pertuduhan ke atas beliau berniat jahat dan bermotifkan politik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam hal ini, katanya, AMK juga ingin membuat cabaran terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail untuk turut bersumpah mengikut prosedur dan syariat Islam.

Katanya, mereka hendaklah bersumpah tidak terlibat langsung dalam merekayasa dan menyembunyi bukti penting semasa siasatan dan perbicaraan kes pembunuhanAltantuya Shaariibuu dan juga tidak terlibat dalam persengkokolan dengan Saiful Bukhari Azlan merangka laporan yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahi

Shamsul berkata, ini memandangkan sudah terlalu banyak fakta dan informasi yang didakwa beliau dahulunya cuba dikekang oleh institusi penguatkuasaan undang-undang, telahpun tersebar ke khalayak melalui pendedahan bukti-bukti baru yang dibentangkan melalui beberapa akuan bersumpah oleh Raja Petra Kamaruddin dan juga penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s