AMK: Ezam dijangkiti sindrom ‘politik munafik’

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan Ezam Mohd Nor yang baru kembali ke Umno, sudah dijangkiti sindrom ‘politik munafik’ melalui kenyataan terbaru beliau yang semakin ligat mencabar PKR, khususnya Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kelihatan Ezam sudah semakin memainkan peranan beliau sebagai ahli Umno yang ‘bersetia dan berkhidmat’ di bawah juak politik Umno yang bankrap moral,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mazli Saring.

Katanya, rakyat tidak pernah lupa bagaimana Ezam (kiri) begitu agresif menyerang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau berada dalam PKR dahulu.

“Malah, beliau sendiri merupakan individu yang bertanggungjawab mencabar Najib bersumpah dengan nama Allah sewaktu kes beberapa pimpinan PKR bertindak keluar parti menyertai Umno sejurus sebelum pilihanraya umum tahun 2004.

“Sehingga Ezam sanggup menawarkan dirinya bertanding di Parlimen Pekan pada ketika itu untuk mendedahkan kepincangan Najib,” kata Mazli dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, katanya, kini segalanya berubah apabila Ezam akur menjadi “gurkha” Najib yang setia.

“Malah pujian melangit yang dibuat Ezam ke atas Najib sama seperti tindakan P Balasubramaniam yang membuat pusingan ‘U-turn’ terhadap akuan sumpah beliau.

“Cuma yang membezakan Ezam dan Bala, ialah Bala mendakwa beliau diugut dan ditekan. Tetapi Ezam melakukan sedemikian atas tawaran kedudukan dan jawatan,” tambahnya.

Oleh itu, AMK secara terbuka ingin mencabar Ezam untuk turut sama bersumpah bahawa beliau tidak hadir dalam pertemuan Saiful Bukhari Azlan dengan Najib beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful 28 Jun lalu.

“Ezam juga dicabar bersumpah sama ada beliau tidak dijanjikan sebarang jawatan dan kedudukan sebagai ‘upah’ beliau memasuki semula Umno dan seolah-olah menjadi ayam sabung baru Umno serta gurkha politik kepada pemimpin yang bankrap moral.

“AMK menyarankan Ezam agar jangan bertindak seperti anjing menyalak bukit, kelak nanti ayam di tangan terlepas lalu tangan terpalit tahi,” tegas Mazli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s