Anwar cabar kerajaan buktikan beliau hubungi Amerika

Suhaimi Taib-Harakah Daily

Kerajaan Malaysia sepatutnya mengheret bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah sekiranya terdapat bukti beliau menghubungi mana-mana pihak yang ada hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dalam kes keselamatan diri dan yang berkaitan.

Tidak wajar pemimpin Umno hanya berani menuduh Anwar dalam media milik parti itu tetapi tidak berani berdepan secara undang-undang dengan membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Tindakan sedemikian membolehkan orang awam membuat telahan bahawa pemimpin Umno kini takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Sebaliknya Anwar pula berani menyaman sesiapa sahaja yang menfitnah beliau termasuk bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat Anwar.

Satu saman berkenaan sudah difailkan di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun banyak pihak tidak yakin dengan ketelusan mahkamah, namun banyak kes menandakan mahkamah mahu bersikap adil dan memutuskan untuk menolak kes dakwaan yang tidak cukup bukti seperti kes tuduhan liwat ke atas Anwar tahun 1998.

Najib perlu membersihkan dirinya dari sebarang tuduhan yang mencalari imej dan kredibilitinya sebagai pemimpin negara dengan mengemukakan bukti dan memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau tidak terbabit dengan sebarang jenayah dengan mana-mana orang di dalam negara dan luar negara.

Jika tidak ada bukti direkodkan di mahkamah, ia boleh didakwa sebagai usaha menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum tentang apa yang berlaku di sebalik kejadian yang menggembarkan negara termasuk pembunuhan wanita Mongolia, tuduhan liwat dan konspirasi politik terhadap Anwar.

Sementara itu, Bernama melaporkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencabar kerajaan Malaysia membuktikan bahawa beliau ada berhubung dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meminta bantuan daripada negara itu.

Anwar berkata sekiranya kerajaan mempunyai bukti bahawa beliau ada berbuat demikian bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedia untuk tampil ke mahkamah.

“Saya tidak buat panggilan, saya tidak menulis surat dan (isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sendiri pun tidak menghubungi mana-mana pihak dari kerajaan AS. Tetapi ada beberapa pemimpin Islam dari luar negara yang menghubungi saya dan meminta saya bersabar serta mereka mendoakan keselamatan saya.

“Saya sudah beritahu saya akan hadapi perkara ini, kalau mereka (kerajaan) ada bukti, bawalah saya ke mahkamah. Saya bersedia,” katanya dalam ceramah perdana di sini Sabtu malam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Syed Hamid Albar yang mengatakan campur tangan terbaru AS yang menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotifkan politik terhadap Anwar jelas membuktikan bahawa Anwar adalah ‘tukang lapor’ kepada kuasa besar itu.

Katanya sikap Anwar yang cepat menggelabah untuk memberitahu AS membuktikan beliau tidak layak untuk memimpin negara ini kerana seorang yang tidak bebas.

Sebagai seorang yang beragama Islam, Anwar berkata Syed Hamid perlu meminta maaf kepadanya sekiranya tuduhan yang mengatakan beliau menjadi ejen AS, tidak benar.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah isu peribadi dan tidak harus dipolitikkan hingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

Beliau berkata cara Anwar menangani masalah hingga melibatkan hampir seluruh rakyat di negara ini dalam isu peribadi beliau telah meletakkan rakyat dalam keadaan tidak tentu arah atau keliru.

“Saya dapat maklumat, sudah ada kebimbangan di kalangan rakyat bahawa Dato’ Seri Anwar akan mengulangi episod-episod lama tahun 1998 dahulu. Rakyat juga tidak faham ada pengakuan bersumpah dikemukakan tetapi ditarik balik, semuanya berbangkit kerana kes Dao’ Seri Anwar,” katanya.

Akibatnya, perkara ini menimbulkan situasi kurang selesa dalam negara apatah lagi ketika rakyat sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang ekoran harga minyak global, katanya selepas merasmikan Bengkel Usahawan Wanita dan pelancaran Direktori Usahawan Wanita Malaysia 2008, di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau dimaklumkan bahawa laporan media barat menggambarkan seolah-olah Malaysia sedang menghadapi kegawatan politik sehingga ada tanggapan bahawa ekonomi negara diteraju secara ‘auto pilot’ sedangkan ia sebenarnya ditadbir oleh kerajaan. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s