BPR perlu buat siasatan yang telus dan berani

Posted by SM Maulana

Suhaimi Taib-Harakah Daily
Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, perlu disiasat oleh Badan pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan yang dibuat oleh Penasihat Parti keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan dakwaan itu telah dilaporkan kepada polis.

BPR perlu menyiasat dengan adil dan berani tanpa mengira kedudukan mereka terbabit. Yang penting semua kesalahan dan jenayah undang-undang perlu dibuktikan dan dikemukakan di mahkamah untuk dijatuhkan hukuman setimpal.

Semalam, Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan memanggil Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memberi keterangan berikutan dakwaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mereka memalsukan bukti “kes mata lebamnya” 10 tahun lalu.

Ketua Pengarah BPR, Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan berkata badan itu akan memastikan siasatan dijalankan mengikut undang-undang, telus dan profesional tanpa mengira kedudukan individu yang terlibat.

“Sehingga kini BPR telah menyenarai lebih 10 nama termasuk Abdul Gani, Musa dan beberapa orang kenamaan yang disebut nama mereka dalam laporan Anwar itu untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di Bangi semalam.

Ahmad Said berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan badan itu ke atas laporan polis yang dibuat oleh ketua Umum KeADILan itu Selasa lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, demikian menurut laporan Bernama.

Anwar dalam laporannya mendakwa Musa, yang pada masa itu Ketua Pegawai Penyiasat kes yang membabitkannya dan Abdul Gani sebagai Timbalan Pendakwaraya paling kanan, telah memalsukan keterangan beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada tahun 1998.

Ahmad Said berkata Musa dan Abdul Gani akan dipanggil BPR setelah kertas laporan mengenai dakwaan Anwar disiapkan.

“Kita akan buat siasatan terhadap kesemua yang terlibat daripada pelbagai sudut. Justeru, kita memerlukan sedikit masa memandangkan siasatan ini memerlukan penelitian yang adil dan profesional,” katanya.

Rabu lalu, Ahmad Said berkata Pengarah Siasatan BPR Dato’ Mohd Shukri Abdull diberikan tanggung jawab mengetuai pasukan badan itu bagi menyiasat dakwaan Anwar berikutan tindakan polis menyerahkan laporan itu kepada BPR untuk disiasat. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s