Empat keping roti canai RM10

Ekmal Yusof-Posted by SM Maulana

IPOH, 6 Julai (Hrkh) – Krisis kenaikan harga minyak negara seolah-olah menjadikan sebab mudah bagi peniaga di sebuah restoran di Pekan Chemor dekat sini ini untuk menjual empat keping roti canai dengan harga RM10.00.

Kejadian tersebut berlaku ke atas seorang pengguna yang pulang dari Himpinan Ketuanan Rakyat di Stadium Perak baru-baru ini yang mendapati harga bagi empat keping roti canai yang dibelinya di restoran tersebut ialah RM2.50 sekeping.

Peristiwa tersebut berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam 29 Jun lalu.

Beliau enggan namanya disebut kerana merasa malu kerana tertipu.

Katanya kepada Harakahdaily, selepas meminta empat keping roti canai dibungkus, beliau pergi membayar di kaunter dengan menghulur wang kertas RM10.00 kepada seorang mamak.

“Selepas beri wang saya tunggu baki wang balik. Saya tanya mana “balance”? katanya.

Mamak itu menggelengkan kepada dengan kedua belah tangannya membuat isyarat “tidak ada balance”, katanya.

Dengan isyarat tersebut katanya, beliau memahami bahawa harga roti canai yang dijual di situ ialah RM2.50 sekeping.

Berhubung perkara tersebut, beliau memberitahu telah membuat aduan kepada Kementeraian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Perak di sini dan pegawainya menyatakan bahawa aduan tersebut sedang dalam proses penyiasatan. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s