Latest Updates 7,500 pemuda Pakatan kawal perhimpunan

Seramai 7,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.

Menurut penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli, mereka terdiri daripada anggota Unit Amal PAS dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Anggota Unit Amal PAs memakai baju-T berwarna merah manakala anggota Skuad AMK berbaju-T berwarna biru.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Dr Hatta berkata, pertukaran tempat perhimpunan tersebut dibuat kerana memikirkan lebih senang mengawal kehadiran orang ramai di situ.

Pada mulanya, jelas beliau terdapat dua cadangan tempat pilihan. Yang pertama di Stadium Melawati, Shah Alam, tetapi ditolak kerana kecil.

Cadangan kedua, katanya, ialah Stadium Shah Alam tetapi kebetulan ia digunakan perlawanan bolasepak malam ini.

Ditanya sama ada pihak penganjur yakin menarik kehadiran sejuta orang, Dr Hatta berkata, perhimpunan akan berlangsung sampai malam dan yakin mencapai sasaran tersebut jika semuanya berjalan lancar.

Acara kemuncak perhimpunan hari ini ialah ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang serta wakil PAS.

Isyarat pada PM

Dr Hatta menganggap perhimpunan ini untuk menghantar isyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta ahli-ahli Parlimen yang akan bersidang esok.

Beliau juga menjelaskan bahawa sekiranya kerajaan masih tidak menurunkan harga minya, Protes akan berbincang untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan mengesahkan pihaknya tidak memohon permit polis kerana berpandangan ianya tidak perlu sebab hak itu dijamin oleh perlembagaan dan juga pandangan Suhakam supaya keperluan permit itu dimansuhkan.

Beliau juga mendakwa wujud halangan terhadap perhimpunan tersebut, antaranya pengumuman pihak polis bahawa ia adalah perhimpunan haram dan ia boleh menjejaskan kehadiran orang ramai.

Begitu juga, katanya, laporan mengenai latihan bersama antara pihak polis dengan tentera, yang menurutnya satu tindakan yang tidak normal.

Menurut Aru lagi, bas-bas juga ditahan di sekatan jalanraya dan polis meminta maklumat dari mereka.

Dr Hatta pula berkata, beliau sendiri ternampak lima sekatan sepanjang perjalanannya dari Kuala Krai.

Foto oleh Chan Kok Leong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s