Musa, Gani mesti digantung tugas dan tubuhkan siasatan bebas – Mahfuz

Posted by SM Maulana

Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) – Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hendaklah digantung tugas serta-merta dan suruhanjaya siasatan bebas mestilah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka memalsukan bukti “kes mata lebamnya” 10 tahun lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

“Jika kedua-duanya tidak digantung tugas dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pula dipertanggungjawabkan kedua-duanya, tidak ada jaminan mereka tidak akan menjejaskan siasatan ketika rakyat tidak percaya mereka tidak pernah mengganggu siasatan,” katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan semalam.

Ahmad Said berkata, BPR akan memanggil Musa dan Abdul Gani untuk memberi keterangan berikutan dakwaan Anwar itu.

“Adalah sukar untuk dipercayai bagaimana Ketua Pengarah BPR yang lebih rendah kedudukannya dari Ketua Polis Negara dan Peguam Negara boleh menerajui dan mengendalikan siasatan terhadap kedua-duanya.

“Lebih dari itu, tidak ada sebarang penafian melampaui keraguan yang pernah dibuat terhadap dakwaan bertulis Raja Petra Kamarudin mengenai wujudnya apa yang beliau dakwa sebagai ‘unholy trinity’ yang melibatkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR,” katanya.

Raja Petra mendakwa, antara lain, ‘unholy trinity’ itu melindungi BK Tan, yang disebutnya sebagai kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia malah menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Menurut Mahfuz, apa maknanya siasatan BPR jika siasatan tersebut diragui dan dibimbangi akan dieksploitasikan oleh mereka yang berkepentingan.

Lebih dari itu, katanya, siasatan BPR akhirnya akan diserahkan kepada Peguam Negara juga untuk menentukan sama ada terdapat kes atau tidak, sama ada cukup bukti atau tidak dan selepas itu rakyat terpaksa menelan bulat-bulat keputusan Peguam Negara itu.

“Kalau Perdana Menteri mahu siasatan yang dipercayai dan diyakini rakyat, satu suruhanjata bebas hendaklah ditubuhkan. Kalau dalam kes video (Datuk VK) Lingam perdana Menteri boleh mengarahkan siasatan bebas, tidak ada sebab Perdana Menteri hendak berdolak-dalik dalam hal ini,” katanya.

Disember lalu, kata Mahfuz, beliau pernah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap apa yang didakwa sebagai pakatan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR serta menafikan tanpa sebarang keraguan kewujudan ‘unholy trinity’ yang didakwa oleh Raja Petra itu.

Beliau yakin, Perdana Menteri tahu mengenai apa yang didakwa oleh Raja Petra itu.

“Jika Perdana Menteri benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu, amat malanglah negara ini mempunyai Perdana Menteri seperti itu sedangkan ketiga-tiganya berada di bawah bidang kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika itu.

Raja Petra ketika itu mendakwa, Perdana Menteri tidak akan bertindak ke atas “unholy trinity” kerana tangannya terikat.

Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat beliau. Dan kelihatanya kini, seperti diungkapkan dalam tulisan Raj Petra, “tidak ada keslah”.

Ketiga-tiganya akan berkhidmat kepada Abdullah, dakwa Raja Petra, selagi Abdullah tidak mengancam kepentingan mereka._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s