Penonton ‘mengamuk’ penyanyi tunjuk punggung

Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Caburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.

Peristiwa berlaku ketika penyanyi menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalammnya.

Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.

Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.

Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi – sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu – Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya – yang berunsur satira politik.

Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.

Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.

Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.

Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.

One thought on “Penonton ‘mengamuk’ penyanyi tunjuk punggung”

  1. perbuatan kumpulan ini akan menjatuhkan maruah para artis amnya dan rakyat malaysia khasnya,pada pendapat saya kumpulan ini harus singkirkan terus dari dunia hiburan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa yang dilakukannya…….ianya amat memalukan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s