Protes kesal polis halang orang ramai hadir perhimpunan

Posted by SM Maulana
Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Biarpun diberi amaran supaya jangan menghadiri Perhimpunan Sejuta Rakyat yang berlansung di Stadium MPPJ Kelana Jaya hari ini, beserta perbagai sekatan jalan raya dibuat, namun orang ramai terus mengunjungi tempat perhimpunan tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, kira-kira 15,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sudah berada di dalam kawasan stadium dan masih ramai yang baru tiba.

Perhimpunan bermula jam 10.00 pagi tadi tanpa sebarang gangguan daripada pihak keselamatan, khususnya pihak polis.

Sebilangan besar anggota keselamatan kelihatan hanya berjaga-jaga di luar stadium, cuba memastikan orang ramai tidak mengadakan perarakan di jalan raya seperti yang diura-urakan.

Dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran orang ramai, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli yang menganjurkan perhimpunan tersebut berkata, beliau amat kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menghalang orang ramai untuk hadir ke tempat perhimpunan.

Menurutnya, beliau mendapat laporan banyak bas dan kenderaan lain dari seluruh negara yang ingin ke Kelana Jaya telah dihalang perjalanannya oleh pihak polis.

Beliau juga kesal kerana tersebarnya Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa perhimpunan tersebut dibatalkan.

SMS tersebut katanya, kononnya bersumber daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang meminta perhimpunan dibatalkan.

Hatta juga turut mengecam pasukan tentera yang bersekongkol dengan pasukan polis, cuba menggagalkan perhimpunan rakyat bagi membantah kenaikan harga minyak yang dibuat oleh kerajaan secara mendadak dan tidak masuk akal.

Beliau menafikan bahawa perhimpunan tersebut untuk tujuan politik, sebaliknya berkata ia merupakan medan bagi rakyat menyatakan ketidakpuasan hati dan membantah tindakan sembrono kerajaan.

Bagi memastikan perhimpunan hari ini berjalan lancar dan aman, difahamkan lebih 2,000 pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk memantau dan menyelia keadaan.

Pada pukul 2.00 petang nanti, wakil pemuda Pakatan Rakyat akan memberi ceramah berhubung isu semasa membabitkan kenaikan harga minya.

Sementara itu risalah berhubung isu minyak telah diedarkan kepada orang ramai yang berkunjung ke tempat perhimpunan. (Berita lanjut menyusul kemudian)_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s