Saya tidak minta pertolongan Amerika Syarikat – Anwar

SEBERANG JAYA, 6 Julai (Hrkh) – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Dato’ Seri’ Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah melaporkan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya kepada pihak Amerika Syarikat seperti yang didakwa pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, beliau langsung tidak meminta pertolongan atau perlindungan politik dari mana-mana pihak pada malam pertuduhan itu berlaku sebaliknya pemimpin KeAdiLan yang kebetulan sedang bermuasyarat bersamanya di Hotel Quality Inn Shah Alam, mahukan beliau berlindung buat sementara waktu atas faktor keselamatan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan, sewaktu berita berkenaan tuduhan liwat itu tersebar banyak pemimpin dunia menghubunginya bagi menyatakan sokongan. Komen yang diberikan oleh pihak AS terhadap kerajaan Malaysia itu adalah pandangan peribadi AS bukan atas permintaan beliau.

Dalam masa yang sama pihak kedutaan Turki di Malaysia menawarkan Dato’ Seri Anwar tinggal di kedutaan tersebut atas faktor keselamatan dan pemimpin Pakatan Rakyat begitu mendesak agar beliau menerima perlawaan tersebut kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya.

Berikutan itu Dato’ Seri Anwar dikecam hebat oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar dan BN kononnya beliau cuba melibatkan pihak luar dalam urusan politik Malaysia.

Kenyataan Dato’ Seri Anwar ini jelas bercanggah dengan dakwaan BN yang kononnya beliau cuba meminta pertolongan dari pihak luar dan membenarkan campur tangan pihak luar dalam urusan politik Malaysia.

Kenyataan tersebut diperjelaskan ketika beliau menyampaikan ceramah di hadapan kira 50,000 orang penyokong Pakatan Rakyat yang diadakan di tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya malam semalam.

Program tersebut adalah aktiviti jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan keadaan politik Malaysia sekarang ini.

Turut hadir sama dalam program tersebut adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairuz Kamaruddin dan beberapa ahli parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yang lain. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s