TERKINI: 7000 orang di Stadium MBPJ setakat ini; Kuala Lumpur dilanda Wabak Merah; Polis beri kerjasama

Posted by SM Maulana

Dari 2000 orang pada jam 9 pagi tadi, jumlah perserta Protes Sejuta Rakyat telah bertambah secara mendadak kepada 7000 orang ketika berita ini dikemaskini jam 2 petang. Situasi di Stadium MBPJ Kelana Jaya tenang dengan kerjasama baik dari pihak brekuasa.

Desas-desus mengatakan askar akan dikerah tidak terbukti setakat ini.

Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan MemPROTES Kenaikan Harga Minyak (Protes) menggemblengkan segenap warga Malaysia yang prihatin dan terkesan dengan tindakan kerajaan BN menaikkan harga minyak. Ia diadakan bermula jam 10 pagi hingga 12 malam dan menampilkan pelbagai aktiviti seperti taklimat umum, persembahan muzik dan seni.

Disebelah malam, Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Menteri Besar dari lima negeri Pakatan Rakyat dan semua pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis veteran reformasi akan turun le Stadium MBPJ untuk bersama rakyat.

Protes adalah hasil kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), gerakan sivil, KeADILan, Pas dan DAP. Protes kehadapan dalam mengadakan siri-siri perhimpunan aman membantah kenaikan minyak sejak 2006. Protes komited kepada Artikel 10 Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun di tempat awam. Protes menolak pendekatan ganas.

Kuala Lumpur dan Lebuhraya Persekutuan pagi ini lengang tidak seperti hari Ahad yang biasa di minggu-minggu lain

Polis mengadakan sekatan jalanraya di beberapa kawasan. Lalulintas menghadapi sedikit kesulitan di Gerbang Kuala Lumpur-Petaling Jaya, Damansara menuju Kelana Jaya, dan Kelana Jaya menuju Damansara.

Selain dari sekatan jalanraya, van-van hitam bercermin gelap kelihatan berbondong-bondong bergerak menuju kearah Petaling Jaya dari Kuala Lumpur. Balai Polis Brickfields juga kelihatan sibuk dengan kehadiran trak dan kenderaan polis yang lebih banyak dari kebiasaan.

Di Brickfields pula dan Plaza Beli-Belah Sungai Wang dan Plaza Bukit Bintang, keadaan ceria dengan wabak merah kelihatan dimana-mana. Orang-ramai berbaju merah terang dan merah gelap, Melayu, Cina, India, orang tua dan muda kelihatan di kedai-kedai dan gerai makan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s