‘Syed Hamid sering bohong’

Posted by SM Maulana

Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar enggan jumpa menteri dalam negeri dengan alasan Datuk Seri Syed Hamid Albar sering berbohong dan mengelirukan masyarakat dengan mendakwa pergerakan massa itu mengancam keselamatan negara.

Abang peguam itu dan pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy berkata Uthayakumar juga enggan bertemu Syed Hamid, dalam lawatannya Sabtu lalu di kem Kamunting di Taiping, kerana menteri itu “menjangkakan tahanan-tahanan merayu nasib mereka, keadaan penjara mereka dan merayu agar dibebaskan awal.”

Dalam kenyataannya hari ini, Waytha Moorthy menambah adiknya yakin dengan perjuangan adil Hindraf daripada “penjajahan berkekalan penjarah baru kerajaan Umno” yang telah menekan, menindas dan meminggirkan masyarakat India dalam tempoh 51 tahun.”

Sabu lepas, Syed Hamid dilaporkan mengadakan perjumpaan selama kira-kira 15 minit dengan tiga daripada lima pemimpin Hindraf) yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lima pemimpin Hindraf yang ditahan di situ ialah R. Kengadharan, 41; M. Manoharan, 46; V. Ganabatirau, 34; P. Uthayakumar, 46, dan K. Vasantha Kumar, 34.

Kengadharan dan Uthayakumar tidak bertemu Syed Hamid.

Menteri itu bertemu mereka sempena lawatannya ke kem tersebut untuk meninjau kemudahan yang disediakan untuk tahanan di situ.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s